Kamis, 27 Agustus 2015

Mengelak mata berair atau hindarkan bau bawang semasa mengupas.



Tip Masakan : Mengelak mata berair atau hindarkan bau bawang semasa mengupas.
Semasa mengupas atau menghiris bawang, mata kita akan berair di sebabkan oleh gas yang dibebaskan oleh enzim bawang yang berasaskan Sulfur..gas ini bila terkena di mata ia berubah menjadi asid sulfurik yang sangat pedih. Asid ini juga sedikit berbau yang tidak menyenangkan.
1. Simpan Bawang Merah yang beli dalam peti sejuk kalau kuantiti kecil. Kalau kuantiti besar, sebelum kupas rendam dalam air (besin). Semasa kupas berikan satu benaman (strike) dengan mata pisau dipermukaan bawang dan mulakan kupasan.
2. Selepas kupas bawang atau bawang putih sekiranya ingin hilangkan baunya..ambil 1 sudu besar garam tenyehkan dgn kedua tapak tangan dan bilas dengan air. Cuka atau pun jus limau nipis / lemon juga boleh digunakan. Tenyeh kulit limau pada tangan dan basuh bersih.
3. Kalau dapur anda berbau tengit dengan bau bawang yang tak menyenangkan..atau pun bau hanyir ayam atau ikan ...masukan 1 cawan cuka dan 1 cawan air..didihkan di dapur anda..biarkan wap nya resap dalam ruangan dapur anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar