Kamis, 27 Agustus 2015

RESIPI: BUAT YOGURT SENDIRI DI RUMAH

Ok..Jom kita tengok resipi buat sendiri hari ini..susu dan bahan tenusu impot pasti akan naik harga..memang dah naik pun..mamak haji rasa 30% + 6% GST....Jadi jom kita buat "Yogurt Sendiri" sebelum kita belajar lagi banyak resipi Nasi kandar yang gunakan bahan ini..
RESIPI: BUAT YOGURT SENDIRI DI RUMAH:
Yogurt atau nama tempatan di panggil "tairu" dibuat sendiri adalah lebih segar, kurang masam dan tidak ada geletin yang perlu was-was dari terdapat di pasar raya-pasar raya. Yogurt yang dibuat sendiri amat tergantung kepada kandungan lelemak susu yang digunakan, dan jenis pendahulu Yogurt (culture yogurt) yang digunakan.
Kepejalan yogurt yang buat dirumah juga bergantung kepada kandungan air dalam susu. Untuk mengelakan susu dan kandungan air kita perlu mendidihkan susu.
Menyediakan 500ml yogurt kita perlukan susu 500ml dan dua sudu cultured yogurt sebagai pendahulu.
1. Didihkan susu dalam periok sehingga mendidih. Tentukan susu yang didih sentiasa dikacau untuk memecahkan lemak yang mula terbina dipermukaan. (10 - 12 minit).
2. Biarkan sejuk susu yang telah didih kepada 40 C - 48 C atau 100F - 115 F. Suhu didapur cuaca panas memadai.
3. Masukkan "culture yogurt" dua sudu besar. (culture yogurt perlu dihancurkan) . Tutup penutup bekas yogurt ini dengan tuala dapur dengan membungkus untuk menyerapkan wap air. Suhu 40C - 48 C sentiasa perlu dikekalkan sepanjang pemerosesan ini. Pembentukan yogurt amat berantung kepada keadaan suhu ini. Maka adalah dinasihatkan dengan ini yogurt perlu dibuat pada tengah hari dengan cuaca panas di negara kita.
4. selepas 8 jam yogurt akan beku. Selepas beku segera masukkan dalam peti sejuk untuk mengelakan tindak balas bakteria yang lampau yang mana boleh masamkan yogurt anda. Dinginkan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum digunakan.
Nota: Resepi ini khas untuk Saudari yang berminat resepi nasi kandar tinggal di Sarawak yang sukar perolehi Yogurt asli. Saudari ini mengidam dengan resepi kurmak ayam dan ayam bakar tandoori nasi kandar ..semoga Mamak haji tak menghampakan keinginan beliau. * Cultured Yogurt boleh didapati dari penjual-penjual susu segar tempatan. Tidak galakan membeli dari yogurt dari pasar raya kerana dikhuatiri bercampur geletin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar