Kamis, 27 Agustus 2015

"Gulai Ikan Kering"



Kari Ikan Masin di utara ini digelar "Gulai Ikan Kering" adalah satu hidangan yang amat digemari di Utara Semenanjung terutama di Pulau Pinang. Hidangan ini selalu nya menjadi hidangan pilihan di kenduri-kenduri yang sederhana yang diadakan malam hari. Ia juga sering disajikan untuk sanak-saudara bila berkumpul. Resepi ini paling sesuai kerana kos yang murah, cara penyediaan yang mudah dan kelazatan resepi ini menjadikan ia amat popular. Ini bukan jenis kari seperti kari ikanatau ayam yg mamak haji bagi resipi sebelum ini..ini sebenarnya "gulai". Kari ikan kering orang Tamil lain sikit siap ada kacang sepat..nanti ada kesenangan mamak haji bagi resipi Kari ikan kering Tamil atau "karuvatu kari"..
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg Tulang Ikan Masin Talang atau 8 keping
- 1 biji Karot sederhana besar.kupas kulitnya dan hiris ketebalan 10 mm.
- 2 biji terung bulat, dihiris 4 .
- 5 Hirisan nenas.
- 5 btg Kacang Panjang 2 inci.
- 3 biji ubi kentang sederhana besar hiris 4.
- 50gm - 75 gm Rempah kari Ikan (pkt 25gm X 2).
- 1 cawan Santan pekat.
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMIS DARAT:
- 1 sudu kecil Halba campur.
- 2 biji Bawang Merah labu sederhana besar dihiris halus.
- 3 ulas Bawang putih 3 ulas ditumbuk halus.
- 1 inci Halia di tumbuk halus.
- 2 tangkai Daun kari.i.
- 4 sudu besar Minyak untuk menumis (memang banyak sikit).
CARA MEMASAK:
1. Potong Ikan masin yang telah mengikut saiz yang anda kehendaki. Tulang Ikan Kering ini perlu direndamkan di dalam air selama 1 hingga 2 jam atau semalaman unuk keluarkan garam yang berlebihan dan melembutkan ikan masin yg terlalu kering. Kalau nak cepat rendam dalam air panas.
2. Bancuh serbuk kari dengan air 1.5 liter air dalam periok. Hidupkan api dapur dan masukkan tulang talang yang telah basuh, kentang, karot dan terung tau pisang kari atau mangga muda. Mendidihkan sehingga ubi kentang anda masak.
3. Masukan kacang panjang, hirisan nenas dan santan. Apabila kari anda mendidih kali pertama, matikan api dapur anda. Rasa kuah anda. Boleh juga masukkan sedikit air asam sekiranya anda tidak gunakan nenas, tambah perasa makanan / gula sedikit dan garam sekiranya kuah anda masih rasa tawar tapi awas kemasinan.
4. Di sebuah dapur lain, panaskan kuali. Masukan minyak. Apabila minyak panas, masukkan halba campur (awas halba campur boleh hangus dengan cepat). Apabila halba campur keluarkan bau yang harum dan mula meletop-letop, masukkan hirisan bawang, goreng bawang sehingga bertukar warna kuning keemasan. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila pecah minyak (minyak mulai timbul) matikan api dapur. Segera masukkan daun kari. Tentukan proses tumis diberi perhatian dgn tidak hangus.
5. Tuang semua isi tumisan (dengan minyak sekali) ini ke dalam kuah kari anda. Segera tutup penutup periok supaya wanginya tidak hilang. Peh wangi dia boleh semerbak dan bangkitkan selera anda. Kari tulang ikan talang kari anda telah siap. Jangan lupa jamu selera dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Selamat menjamu selera.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar